Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemeriahan dikongsi bersama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Dalam kemeriahan Hari Raya yang masih dirasakan di negara ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan konsep ‘Gerai Terbuka’ yang disediakan oleh fakulti-fakulti dan pusat-pusat di UNISSA di Dewan Auditorium, UNISSA, hari ini.

    Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal hadir sama selaku tetamu kehormat dan seterusnya memulakan upacara dengan mengunjungi setiap gerai yang disediakan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis sambutan itu bertujuan mempererat lagi silaturahim sesama para mahasiswa/mahasiswi itu sendiri dan juga dengan para pensyarah, pegawai dan kakitangan UNISSA.

    Selain itu, majlis juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pensyarah atau pelajar asing yang bertugas atau mengikuti pengajian di UNISSA tentang budaya orang Brunei dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di UNISSA.
    Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di UNISSA.
    Antara warga UNISSA yang menghadiri majlis berkenaan.
    Antara warga UNISSA yang menghadiri majlis berkenaan.

    Suasana Hari Raya UNISSA dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan pertandingan dekorasi gerai tercantik di samping persembahan tausyeh oleh mahasiswa UNISSA.

    Pada tahun ini, gerai tercantik telah dimenangi oleh gabungan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa dan Fakulti Usuluddin.

    Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh beberapa orang duta dan wakil daripada kedutaan besar dan perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda