Oleh Daniel Lim
BELAIT, 21 NOV – Sekolah Menengah Chung Ching (CCMS) Seria, telah menganjurkan acara Pesta Ria Akhir Tahun yang sangat dinanti-nantikan di Primary Section, Jalan Raja Isteri, Seria pada 15 November.
Bertemakan Sharing, Reunion & Involvement, acara berkenan bertujuan untuk menyatukan pelajar, ibu bapa, guru dan ahli komuniti setempat untuk satu malam yang penuh gelak ketawa, kebersamaan dan kreativiti.
Acara juga berfungsi sebagai peluang yang baik untuk mengeratkan ikatan dalam keluarga CCMS dan meraikan penutupan tahunan persekolahan.
Para pengunjung telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan acara termasuk permainan yang menyeronokkan, kraf kreatif, makanan yang lazat, minuman yang menyegarkan, alat tulis dan hadiah yang menarik, serta aktiviti keluarga yang menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
CCMS berharap acara seperti acara Pesta Ria yang merangkumi falsafah pendidikan holistik sekolah bukan sahaja memupuk pertumbuhan akademik tetapi juga kreativiti, kerjasama dan penglibatan komuniti dalam kalangan pelajar.
Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN CCMS

