Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemeriahan suasana Aidilfitri di China

    YINCHUAN – Jutaan umat Islam di China menyertai komuniti di seluruh dunia dalam meraikan sambutan Aidulfitri yang merupakan hari kemenangan selepas berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

    Sambutan telah bermula sejak Ahad lalu di wilayah Qinghai dan Gansu dan beberapa kawasan lain.

    Di wilayah Autonomi Ningxia Hui yang mempunyai dua juta penduduk yang beragama Islam, para pekerja telah diberikan cuti awam selama tiga hari.

    Dalam pada itu sambutan Hari Raya telah dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah pada pagi 1 Syawal.

    “Aidilfitri adalah perayaan paling penting bagi umat Islam,” kata Qian Shangli, 76 yang telah menetap di Ningxia selama hampir setengah abad.

    Qian salah seorang umat Islam yang meraikan perayaan ini dan mengalami masalah sakit lutut tetap kuat bersemangat untuk menunaikan solat sunat berjemaah di masjid.

    “Walaupun saya sedar saya mengalami masalah sakit di lutut namun saya tetap bersemangat untuk ikut serta menunaikan solat sunat secara berjemaah kerana ketenangan dan keharmonian jelas terasa melalui ibadah itu,” jelas Qian.

    Di Wilayah Autonomi Xinjiang Ugyur, yang memiliki penduduk beragama Islam seramai 23 juta juga turut menyambut hari lebaran ini dengan penuh kemeriahan.

    Di bandar Aksu di barat Xinjiang, ratusan umat Islam telah berkumpul di Masjid Reyset Jama sedari awal pagi lagi.

    Masjid ini baru dirasmikan pada hujung bulan Mei lalu di mana ia mempunyai ruang sembahyang yang cukup luas sebagaimana dengan saiz ukuran dua buah gelanggang tenis dan tempat letak kereta yang boleh memuatkan lebih dari 100 buah dalam satu masa.

    “Ruang solat di masjid baru ini tiga kali ganda lebih besar berbanding yang dahulu dan ia juga cukup bersih serta dilengkapi dengan sejadah, sistem pemanas dan lampu, ” jelas Abliz Barat, 70 yang membandingkan masjid tersebut dengan masjid yang terdahulu.

    Sambutan Hari Raya di kalangan masyarakat Islam China dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah pada pagi 1 Syawal.
    Sambutan Hari Raya di kalangan masyarakat Islam China dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri berjemaah pada pagi 1 Syawal.
    Kunjung-mengunjung di antara sanak saudara dan sahabat handai juga menjadi amalan tradisi di kalangan masyarakat Islam di China.
    Kunjung-mengunjung di antara sanak saudara dan sahabat handai juga menjadi amalan tradisi di kalangan masyarakat Islam di China.
    Salah seorang penduduk yang giat mempersiapkan hidangan istimewa sebagai sajian ketika tetamu datang berkunjung.
    Salah seorang penduduk yang giat mempersiapkan hidangan istimewa sebagai sajian ketika tetamu datang berkunjung.

    Ramai individu yang membanjiri kawasan masjid di Wilayah Qinghai itu bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagai permulaan sambutan kepada hari kemenangan itu.

    “Pada Ahad lalu, seramai 110,000 orang telah mengunjungi Masjid Dongguan di wilayah Xining,” jelas Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Ma Yun.

    “Kami berdoa semoga negara akan terus berada dalam keadaan aman, berkembang maju dan kesejahteraan untuk ahli keluarga,” jelas Yun.

    Mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai juga menjadi salah satu amalan tradisi yang diamalkan sewaktu Hari Raya ini.

    Kadar jumlah kereta persendirian yang melalui kawasan tol juga meningkat di sepanjang cuti awam ini sebagaimana dengan Festival Musim Bunga di mana penduduk yang menetap di kota kembali pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan Hari Raya bersama keluarga.

    Ma Heimai yang berniaga di Malaysia juga mengambil keputusan untu pulang ke kampung halamannya di Hualong Hui, Qinghal. Beliau telah membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan istimewa dari kampungnya iaitu laman, sejenis makanan tradisi terdiri daripada mi yang dicampur dengan daging.

    Di Xinjiang, Abliz Barat menjelaskan kepada Xinhua bahawa beliau mengambil cuti selama lima hari sempena Aidilfitri bagi mengunjungi sanak saudara dan juga menantikan kehadiran mereka di rumah.

    “Saya telah menyediakan duit raya untuk diberikan kepada cucu dan juga telah menyembelih kambing untuk dimasak sebagai hidangan bagi menjamu para pengunjung,” jelas Barat.

    Turgun Abduwahit, seorang penternak kambing juga berasa gembira dengan hasil perniagaan yang meningkat pada bulan ini di mana dia menjelaskan telah menjual lebih dari 100 ekor kambing yang akan disembelih dan dihidangkan sewaktu para tetamu datang berkunjung.

    Beliau juga sering mengundang kaum Han China bagi sama-sama meraikan hari kemenangan itu bersama dengan keluarga.

    Yang Heping yang juga turut membawa hadiah kepada keluarga Abduwahit juga turut menjelaskan bahawa beliau sering membawa hadiah dan meraikan Aidilfitri bersama dengan kawan-kawannya yang beragama Islam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda