Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Acer Day tawar diskaun hebat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Para peminat IT tempatan bakal menikmati pelbagai tawaran menarik apabila Concepts Computer, salah sebuah peruncit IT terbesar dan rakan kongsi Acer paling lama di Brunei Darussalam, akan menganjurkan Acer Day Flash Sale pada 30 Ogos ini.

    Acara berkenaan menawarkan diskaun hebat bagi produk Acer termasuk komputer dan elektronik rumah, selain pemberian hadiah percuma tambahan bagi setiap pembelian produk Acer sepanjang kempen Acer Day dan Acer Day Flash Sale.

    Sementara itu, Eksekutif Kanan Produk Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman, dalam kenyataan kepada media menjelaskan, “Concepts Computer telah bekerjasama dengan Acer sejak 25 tahun lalu. Oleh itu, merupakan keputusan yang mudah bagi kami untuk terus berganding bahu de-ngan Acer dan menyertai Acer Day untuk tahun kelapan berturut-turut, demi memberikan pelbagai manfaat kepada pelanggan setia.”

    Beliau menambah, sambutan pada tahun-tahun sebelumnya amat menggalakkan dan pihaknya menjangkakan respons lebih baik pada tahun ini.

    Menurutnya lagi, Acer Day Flash Sale pada Sabtu ini akan menampilkan pelbagai produk Acer dengan tawaran terhad secara yang dahulu didahulukan, di mana pelanggan perlu beratur bagi mendapatkan barangan istimewa tersebut.

    Katanya, barisan akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari manakala jualan hanya berlangsung dari pukul 2 hingga 6 petang. Selepas tempoh itu, semua produk akan kembali kepada harga asal.

    Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Pengurus Cawangan (Miri/Brunei) bagi Acer, Richard Soo.

    Selain itu, Concepts Computer juga sedang mengadakan promosi akhir bulan yang berlangsung dari 27 hingga 30 Ogos dengan waktu operasi yang dilanjutkan dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

    Awang Zul Abdul Rahman dan Richard Soo semasa sesi taklimat kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda