Monday, January 27, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Amal Kasih meriahkan suasana Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan BUSA

    TUTONG, 12 APRIL – Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) dengan kerjasama Brunei Locally Employed Staff Association (BLESA) dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam dan Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei (BFWDA) telah mengungkayahkan kempen amal Kasih Ramadan di kawasan pedalaman di Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Turut menyertai kempen amal berkenaan ialah Charge d’Affaires Kedutaan AS, Emily Fleckner; dan pegawai perhubungan awam kedutaan berkenaan, Jeff Barrus.

    Sebanyak 10 keluarga dan 20 golongan pelajar daripada keluarga tersebut telah dipilih dari Kampung Kuala Ungar dan Kampung Merimbun untuk menerima sumbangan dalam kempen berkenaan diselaraskan oleh Pemangku Ketua Kampung Kuala Ungar dan Kampung Merimbun, Awang Sani bin Nangkat.

    Keluarga-keluarga berkenaan menerima keperluan makanan asasi seperti makanan dalam tin, beras, bahan-bahan perasa makanan, mi kering, minyak masak, dan lain-lain keperluan rumah. Golongan pelajar pula dibekalkan keperluan asas sekolah seperti buku-buku kerja, kertas lukisan, alat geometri, kalkulator saintifik, dan beberapa buku mewarna.

    BUSA dengan kerjasama BLESA dan BFWDA telah mengungkayahkan kempen amal Kasih Ramadan di kawasan pedalaman di Daerah Tutong, baru-baru ini
    Ahli-ahli BUSA dengan BLESA dan BFWDA melalui atas sebuah jambatan kayu untuk mengunjungi rumah salah satu keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan pedalaman Daerah Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda