Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen anti minyak sawit: tubuh panel diluluskan WTO

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) dalam pelaksanaan Peraturan Perwakilan di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah 2018/2001 (EU RED II) telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata permohonan kali kedua itu diluluskan oleh Mesyuarat Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB) di bawah WTO selepas permohonan pertama tidak dipersetujui EU pada 28 April lepas.

    Katanya Malaysia akan terus komited dalam meneruskan tindakan undang-undang terhadap EU selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2020 dan pemfailan kes yang dibuat pada 15 Januari lalu.

    “Tindakan ini adalah perlu dalam melindungi kepentingan industri sawit negara yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara khususnya kepada pekebun kecil sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda