Wednesday, October 16, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen bagi pilihan raya Jepun bermula

    TOKYO, 15 OKT – Kempen dimulakan hari ini di Jepun untuk pilihan raya 27 Oktober di mana Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba, berusaha untuk mengekalkan majoriti partinya yang sudah lama memerintah.

    Trak pembesar suara mula beredar dan calon menyerahkan risalah sebelum pengundian.

    Isu utamanya adalah tentang kenaikan harga, keselamatan serantau dan kebimbangan mengenai skandal dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) Ishiba.

    LDP mentadbir Jepun selama beberapa puluh tahun tanpa ganggguan, walaupun seringkali terdapat perubahan pemimpin. Jumlah penduduk yang keluar mengundi adalah sedikit manakala perpecahanan pihak pembangkang bermaksud parti dan rakan gabungannya berkemungkinan besar untuk menang.

    Tinjauan berita Kyodo hujung minggu lalu menunjukkan LDP pimpinan Ishiba kekal sebagai parti paling popular iaitu 26.4 peratus, berbanding 12.4 peratus yang mengundi parti pembangkang utama Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun (CDP). – AFP

    Reaksi seorang lelaki terhadap poster kempen untuk pilihan raya Dewan Rakyat di Tokyo pada 15 Oktober. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda