Saturday, November 30, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen baharu StanChart buka peluang raih hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pelanggan Standard Chartered (StanChart)  berpeluang untuk memenangi pelaburan bernilai $50,000 dan hadiah hebat lain menerusi cabutan bulanannya dalam kempen baharu bank berkenaan yang bermula pada 1 Disember 2024 hingga 31 Mei 2025.
     
    Kempen tersebut menggunakan pengumpulan penyertaan Cabutan Layak, dan akan berdasarkan penyertaan yang dicapai melalui langganan, deposit, perbelanjaan minimum, pendaftaran dan aktiviti lain.
     
    Sebagai contoh, pelanggan akan layak untuk satu penyertaan jika mereka membelanjakan sekurang-kurangnya $200 menggunakan kad kredit mereka dan dua penyertaan jika mereka log masuk ke aplikasi mudah alih StanChart dalam bulan tersebut. 
     
    Sebanyak 20 cabutan untuk kempen berkenaan yang terdiri daripada dua hadiah utama cabutan pelaburan bernilai $50,000 dan $20,000. Selain itu, hadiah cabutan bulanan juga diadakan di mana tiga pelanggan akan diberi ganjaran setiap bulan semasa tempoh promosi, di samping hadiah bulanan terdiri daripada produk Apple seperti iPhone dan iPad terkini, baucar perjalanan Royal Brunei termasuk Royal Skies Miles dan banyak lagi.
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda