Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen berjaya kumpul 114 pain darah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Dalam sama-sama menyokong Hari Penderma Darah Sedunia, Hotel Radisson dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan kempen derma darah yang telah berjaya mengumpulkan 114 pain darah hari ini.

    Kempen yang diadakan di Mutiara Ballroom, hotel berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang pentingnya keperluan stok darah untuk pesakit yang memerlukan sementara mengucapkan terima kasih kepada penderma atas sumbangan mereka dalam sama-sama menyelamat nyawa.

    Inisiatif berkenaan mencerminkan dedikasi teguh Hotel Radisson Brunei Darussalam terhadap tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

    Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber berkata, mereka sangat berbangga mengadakan kempen berkenaan dengan kerjasama pihak hospital dan sokongan pihak penaja dengan matlamat untuk meningkat kesedaran mengenai kempen derma darah yang signifikan serta menggalakkan pelanggan dan penduduk setempat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

    “Derma darah berkenaan adalah sumbangan sosial yang sangat ketara dan penting untuk keluarga di hotel ini, seperti yang dapat disaksikan di mana kempen derma darah di Hotel Radisson mendapat sambutan dengan penyertaan daripada pekerja hotel dan orang ramai,” ujarnya.

    Turut hadir menyokong kempen itu adalah syarikat Bread Times, Gongcha, Juteux Apparel, Mint dan banyak lagi.

    ATAS & BAWAH : Suasana semasa kempen derma darah dijalankan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda