Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen bersih masjid menjelang Ramadan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Sempena menyambut bulan Syaaban dan ketibaan bulan Ramadan, ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Lambak dan Majlis Perundingan Kampung Lambak, belia dan penduduk kampung sekitarnya telah menjalankan kempen membersihkan masjid berkenaan,

    Kempen turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Pengakap Laut 1063 (Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar) dan 1005 (Sekolah Menegah Berakas).

    Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah membersihkan dewan sembahyang, bilik-bilik, dewan makan, kawasan luar masjid, tempat wuduk, dapur, memotong pohon-pohon kayu yang membahayakan di kawasan masjid dan sebagainya.

    Selain sebagai salah satu aktiviti sempena memperingati bulan Syaaban dan Ramadan, gotong-royong seumpama itu juga merupakan usaha AJK takmir masjid untuk memakmurkan masjid dan mewujudkan silatu-rahim sesama ummah serta salah satu usaha menjadikan masjid sebagai tempat ibadat yang bersih, suci dan indah daripada segala kekotoran yang boleh menjatuhkan imej sesebuah masjid.

    Kempen bertujuan untuk menyemai sikap bergotong-royong dan menanamkan sikap suka menjaga kebersihan serta menerapkan hubungan yang baik di kalangan warga masjid dan penduduk kampung.

    Dengan keadaan masjid yang jauh lebih bersih diharap akan dapat memberikan keselesaan kepada jemaah dan orang ramai untuk beribadah juga memberikan semangat cintai rumah Allah.

    Kerja-kerja membersihkan persekitaran masjid oleh ahli pengakap.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda