Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen bersihkan Tapak Perindustrian Ringan KB

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 30 MAC – PTAS Aker Solutions, hari ini, telah menganjurkan kempen kebersihan dengan rakan kongsinya di Tapak Perindustrian Ringan Kuala Belait sebagai sebahagian daripada inisiatif kesihatan, keselamatan dan persekitaran syarikat tersebut.

    Lebih 60 orang sukarelawan dari PTAS Aker Solutions dan tujuh organisasi rakan kongsi termasuk Adinin Works and Engineering Sdn Bhd, Baker Hughes EHO Ltd, Techoil Sdn Bhd, Tendrill Sdn Bhd, Petrokon Utama Sdn Bhd, Syarikat Haji Idris Kalong Sdn Bhd dan Zainal Daud Sdn Bhd telah menyertai program selama dua jam itu.

    Pengurus Perniagaan PTAS Aker Solutions dan pemimpin kempen tersebut, Lars Eirik Wathne berkata, PTAS Aker Solutions komited untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi bagi mewujudkan masa depan yang lebih bersih, lebih selamat dan mapan dalam komuniti.

    “Persekitaran yang bersih menjamin kesihatan dan keselamatan komuniti kami dengan mengurangi sampah dan pencemaran. Kami berharap kempen kebersihan ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk berganding bahu dan mengambil tindakan untuk melindungi alam sekitar,” tambah beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Selain Lars Eirik Wathne, ahli pasukan pengurusan PTAS Aker Solutions yang turut serta dalam acara tersebut termasuk Pengarah, Awang Muhd ​​Fayadh Amirullah bin Haji Amir; Pengurus QA/QC, Benjamin Trinidad; dan Pengurus Penambahbaikan dan Peralihan, Awang Jeffrin Noor.

    Pasukan tersebut berjaya mengumpul lebih daripada 50 beg sampah selama dua jam aktiviti tersebut. Para peserta telah dibekalkan dengan alat seperti sarung tangan, tong sampah, pemungut sampah, dan ves keselamatan.

    Antara sukarelawan dari PTAS Aker Solution serta rakan kongsi semasa mengumpulkan sampah di stesen kutipan. – Gambar serahan Aker Solution
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda