Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Kempen BMC kutip 110 pain darah

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 21 JUN – Sebanyak 110 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) yang diadakan di Pusat Beli-belah KB Sentral.

    Kempen bertujuan untuk membantu meningkatkan bekalan darah di Daerah Belait di samping mencerminkan komitmen BMC terhadap tanggungjawab sosial korporat sebagai sebahagian daripada inisiatif memberi kembali kepada masyarakat.

    Pengurus Besar HSE BMC, Pengiran Mohamad Supri bin Pengiran Haji Chuchu ketika ditemui menyatakan bahawa kempen berkenaan mempamerkan impak positif yang berkekalan menerusi pendermaan satu pain darah yang boleh menyelamatkan nyawa, dan menggalakkan kakitangan dan orang awam untuk mengambil bahagian dan membantu bagi tujuan yang baik.

    Di samping itu, beliau menambah bahawa usaha itu juga membantu mengeratkan hubungan antara BMC dan agensi terbabit termasuk Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, yang menyediakan kepakaran mereka dalam menjalankan kempen tersebut, serta Pusat Beli-belah KB Sentral kerana menyediakan tempat kempen.

    Sebagai tanda penghargaan kepada agensi terbabit, BMC menyampaikan cenderahati kepada Tabung Darah Hospital SSB dan wakil Pusat Beli-belah KB Sentral.

    Selain itu, penderma darah juga menerima cenderamata dan minuman atas sumbangan, dengan beberapa penderma bertuah memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah.

    Kakitangan BMC yang menjayakan kempen tersebut sempat bergambar ramai. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara orang ramai yang mengambil bahagian dalam kempen menderma darah di Pusat Beli-belah KB Sentral. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...