Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen BSM diadakan buat kali kelima

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat mempunyai makna yang mendalam khususnya dalam mencapai matlamat utamanya iaitu untuk menjaga keselamatan orang ramai dan Service Champion yang berkhidmat di stesen-stesen minyak.

    Oleh itu, kempen pada 2023 merupakan kali kelima ia diadakan dan akan berjalan selama setahun di mana ia menumpukan kepada beberapa tema iaitu Keselamatan di Stesen, Pengalaman Pelanggan, Fuel Directive Pemedulian Terhadap Service Champion dan Keselamatan Jalan Raya.

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Perasmian Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat dan Hari Service Champion yang berlangsung di Hotel J, Kiulap, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan perasmian kempen dan menyampaikan anugerah kepada Service Champion yang diraikan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Dalam ucapan alu-aluannya lagi, Awang Muhammad Norshafiee menyatakan bahawa peraturan yang ada pada masa ini, adalah bagi memberikan kesedaran mengenai dengan keselamatan di stesen-stesen minyak yang sewajarnya dikongsi bersama keluarga bagi menyemai budaya bermaklumat, berdisiplin dan patuh.

    Beliau juga menyatakan harapan supaya semua Service Champion dan pihak pengurusan stesen minyak untuk lebih proaktif dalam memastikan orang ramai yang berkunjung ke stesen minyak mengikut peraturan-peraturan keselamatan supaya dapat mencapai matlamat bebas insiden atau Goal Zero.

    Majlis diteruskan dengan perasmian kempen yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary di mana mesej kempen berkenaan akan disebarkan secara berfasa di serata pelbagai platform termasuk laman rasmi media sosial BSM, Facebook dan akaun Instagram, @bruneishellmarketing, saluran Tiktok rasmi BSM, @go.4.bsm, laman sesawang BSM, surat khabar, radio, televisyen dan saluran media yang lain.

    Majlis juga mengetengahkan tayangan perdana video Isi Selamat, Rasa Selamat, yang akan dapat disaksikan di laman media sosial BSM tidak lama lagi serta diikuti dengan video Projek Tranformasi iaitu sebuah inisiatif yang memperkenalkan kaedah bekerja inovatif di stesen minyak termasuk pengenalan Workjam, sebuah platform menarik bagi Service Champion.

    Kemudian, majlis menyaksikan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyempurnakan penyampaian surat lantikan kepada wakil-wakil stesen minyak yang terpilih untuk menjadi Retail HSSE Ambassador, Anugerah Perkhidmatan Lama bagi Service Champion yang telah berkhidmat selama 20, 25, 30 dan 35 tahun serta pengiktirafan Best Retail Staff Intervention yang diberikan kepada Service Champion yang proaktif dalam membuat teguran HSSE kepada keadaan yang tidak selamat di stesen minyak.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary ketika menghadiri Majlis Perasmian Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat dan Hari Service Champion yang berlangsung di JHotel, Kiulap. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Sim Y. H.
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyampaikan lantikan kepada wakil stesen minyak yang terpilih menjadi Retail HSSE Ambassador. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Antara kakitangan BSM yang hadir pada Majlis Perasmian Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat 2023. – Gambar oleh Sim Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda