Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-55 SCA

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd (SCA) hari ini telah melancarkan Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-55 sempena 55 tahun perkhidmatan dan akan mengadakan Pameran Pelancongan Brunei pada hujung minggu ini.

    Tempoh promosi kempen tersebut bermula dari 26 Oktober 2022 sehingga 31 Mac 2023. Pelanggan akan layak menerima kupon cabutan bertuah untuk sebarang pembelian pakej umrah dan pelancongan, tiket penerbangan, tempahan hotel dan perkhidmatan akikah.

    Pemenang utama promosi itu akan membawa pulang pakej lawatan ke destinasi pilihan mereka bernilai $5,500.

    Hadiah-hadiah lain untuk direbut termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok dan Kuching yang ditaja oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB). Tiket ke Bangkok dan Kuching adalah termasuk penginapan hotel selama tiga malam dengan sarapan pagi setiap hari masing-masing daripada Tourism Malaysia Brunei dan Tourism Authority Thailand.

    Selain itu, terdapat juga dua tiket penerbangan pergi balik setiap satu ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tajaan Singapore Airlines, tiga hadiah 20,000 Royal Skies Miles tajaan Bank Baiduri Berhad, dan dua hadiah penginapan hotel dua malam di Hotel Mercure di Kota Kinabalu dengan sarapan pagi setiap hari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda