Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah diteruskan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal giat melaksanakan kempen-kempen derma darah sepanjang Jun ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kelmarin, perlaksanaan kempen bagi minggu terakhir bulan ini akan diteruskan esok di Lobi Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), di ibu negara, anjuran Regus Brunei dari 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada 28 dan 29 Jun pula, kempen akan diadakan di Al-Bukhari Textiles, cawangan Aman Hills, dari 10 pagi hingga 2 petang; pada 30 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas anjuran Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 bagi Minggu Ekonomi dari 10 pagi hingga 2 petang; dan 2 Julai di Unicorp Sdn Bhd, Kompleks Perindustrian Beribi, dari 10 pagi hingga 3 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menderma darah di pusat pendermaan darah atau di tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja dan digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda