Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah diteruskan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal akan meneruskan lagi kempen-kempen derma darah sepanjang minggu ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini, kempen akan diadakan di Lantai Bawah, Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Sungai Hanching esok dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Manakala pada 1 September pula, kempen akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi, bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada masa yang sama, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, juga mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk menderma darah bagi menambah stok bekalan darah kerana pada masa ini pihak berkenaan mengalami kekurangan bekalan darah jenis O.

    Bagi mereka yang berhasrat menderma darah, bolehlah terus berkunjung ke Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari bekerja sahaja.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau dengan menghantar e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan mengikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen menderma darah bagi menambah stok bekalan darah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda