Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah giat dilaksana

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Orang ramai dialu-alukan untuk membantu mengekalkan bekalan darah dengan menyertai kempen-kempen yang diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.

    Menurut menurut kenyataan yang dikeluarkan, pusat tersebut akan mengadakan kempen derma darah pada 29 Julai di Atrium Aras Bawah, Onecity, Kampung Sungai Hanching anjuran Kelab Rotary Brunei Darussalam serta pada 31 Julai di di tempat sama anjuran pengurusan pusat membeli-belah berkenaan dengan kedua-dua kempen berkenaan akan bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 31 Julai di Tempat Pengambilan Darah, Lantai Bawah, Hospital PMMPMHAMB bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda