Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah giat dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN 11 JULAI – Sebanyak 53 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini.

    Kempen derma darah yang diadakan di Bilik Pameran BKISHHB, Jabatan Perdana Menteri bermula jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 tengah hari hingga 3 petang.

    Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) BKISHHB, yang bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga BKISHHB dan orang ramai melalui cara mudah untuk menyelamatkan nyawa dengan menderma darah.

    Selain itu, kempen itu juga dihasrat dapat meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap kesihatan dan tubuh badan penderma.

    Kempen ini merupakan inisiatif BKISHHB bagi membantu pihak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk menambah stok darah bagi mereka yang memerlukan.

    Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad antara yang menyertai dalam kempen berkenaan. – Gambar serahan BKISHHB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda