Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah Hotel Radisson kumpul 114 pain darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Hotel Radisson dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Kementerian Kesihatan, pagi tadi menganjurkan kempen derma darah bertempat di Mutiara Ballroom, hotel berkenaan, di ibu negara.

    Sepanjang kempen itu yang bermula pagi hari ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 114 pain darah.

    Kempen Derma Darah bersempena dengan World Blood Donor Day bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang pentingnya keperluan stok darah untuk pesakit yang memerlukan.

    Inisiatif tersebut mencerminkan dedikasi teguh hotel Radisson Brunei Darussalam terhadap tanggungjawabnya kepada kesejahteraan masyarakat.

    Menurut Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber berkata, mereka sangat berbangga mengadakan kempen berkenaan dengan kerjasama pihak hospital dan dengan sokongan pihak penaja dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen derma darah yang signifikan dan menggalakkan pelanggan mereka dan penduduk setempat bersama-sama mereka membantu mereka yang memerlukan.

    “Derma darah berkenaan adalah sumbangan sosial yang sangat ketara dan penting untuk keluarga di hotel ini, seperti yang disaksikan di mana penyertaan daripada pekerja hotel dan orang ramai mendapat sambutan apabila Hotel Radisson mengadakan kempen derma darah,” ujarnya.

    Turut hadir bagi sama-sama menjayakan kempen tersebut ialah Bread Times, Gongcha , Juteux Apparel, Mint dan banyak lagi.

    Suasana semasa kempen derma darah dijalankan di Hotel Radisson, pada hari ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda