Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah malam esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah pada waktu malam pada 5, 7 dan 9 Mei ini di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen yang bermula pukul 8 malam hingga 10 malam itu dibukakan kepada para penderma yang beragama Islam khususnya. Bagi penderma yang bukan beragama Islam digalakkan untuk menderma pada waktu siang.

    Namun jika tidak berkesempatan, mereka juga dialu-alukan untuk menderma pada waktu malam. Pendermaan darah secara kerap dan sukarela adalah penting bagi memastikan stok bekalan darah sentiasa di tahap yang optimum dan mencukupi bagi menampung penggunaan di kesemua hospital di Negara Brunei Darussalam.

    Kempen derma darah pada waktu malam itu juga memerlukan para penderma untuk membuat perjanjian terlebih dahulu melalui laman sesawang, https://calendly.com/bdcripas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda