Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah minggu ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan bekalan darah khususnya bagi golongan yang memerlukan, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan meneruskan pelaksanaan kempen-kempen derma darah.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kempen akan diadakan pada 2 Mei ini di Lantai Bawah, Kompleks Membeli-belah OneCity, Kampung Sungai Hanching bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada 4 Mei, kempen akan berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agro-Teknologi, Kampung Wasan anjuran IBTE bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Sementara itu, pada 6 Mei, kempen akan diteruskan lagi di IBTE Kampus Mekanikal, Kampung Tungku anjuran IBTE, bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Oleh yang demikian, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen tersebut, sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda