Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan beberapa kempen derma darah sepanjang minggu pertama Julai ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, kempen bermula pada hari ini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari di Masjid Kampung Bengkurong diikuti di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Berakas pada 6 Julai dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Manakala itu, pada 7 Julai di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS dari pukul 7:30 malam hingga 9 malam.
Orang ramai juga boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau di tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang. Orang ramai yang ingin menderma darah sama ada di Pusat Pendermaan Darah atau semasa kempen-kempen derma darah digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

