Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.
Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 15 Oktober di Pusat Pengasingan Kebangsaan Hospital PMMPMHAMB, Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Ke-65.
Kempen anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat itu bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang.
Manakala pada 18 Oktober di Aras Bawah, Setia Point, Kampung Jaya Setia, Berakas sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan Ke-55 anjuran Jabatan Bandaran bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi, dan dari pukul 1.30 petang hingga pukul 3.30 petang.
Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.
Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.


