Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah Restoran Ya Nur kumpul 15 pain

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Restoran Ya Nur berjaya mengumpul sebanyak 15 pain darah melalui kempen derma darah yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat restoran tersebut, dengan tujuan menambah bekalan darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen tersebut, yang turut disertai oleh pekerja restoran, juga dibukakan kepada orang ramai untuk memberikan peluang kepada lebih banyak individu menyumbang kepada usaha kebajikan tersebut.

    Selain itu, ia juga sebahagian daripada nilai teras restoran untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan membuat perbezaan yang bermakna dalam kehidupan orang lain.

    Kempen itu diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah serta mendidik masyarakat untuk berbuat demikian bagi tujuan kebajikan.

    Kempen berkenaan bukan sahaja berfungsi sebagai usaha untuk menambah bekalan darah di hospital, tetapi juga sebagai platform bagi mendidik dan menggalakkan lebih ramai orang untuk menderma darah secara berkala demi kepentingan kesihatan awam.

    Antara yang menyertai kempen tersebut.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda