Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Pertahanan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Sempena sambutan hari ulang tahunnya (HUT) ke-59, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan kempen derma darah di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, kempen anjuran bersama Tabung Darah Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan itu adalah untuk memberi sokongan dan menambah simpanan tabung darah negara.
Kempen tersebut akan diteruskan sehingga Mei 2021 itu juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan masyarakat dan menanamkan sifat beramal jariah serta tanggungjawab dalam kalangan anggota-anggota tentera.

