Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah sepanjang minggu depan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Jabatan Perkhidmatan Makmal, akan mengadakan kempen-kempen derma darah sepanjang minggu depan di beberapa lokasi.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kempen akan bermula pada 18 Julai di Tingkat I, Ruang Legar, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara, dari pukul 9 pagi hingga 11:30 Ini diikuti pada 19 Julai di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS anjuran Kedutaan Thailand dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    Kemudian pada 20 dan 21 Julai pula akan diadakan di Dewan Al-‘Afiah Kementerian Kesihatan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang yang mana kempen dibukakan secara tempahan slot sahaja dan ia diadakan sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022.

    Manakala pada 23 Julai, kempen akan diadakan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS anjuran Persatuan Myanmar, bermula pada 7:30 malam hingga 9 malam.
    Sehubungan ini, Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS akan ditutup pada 20 dan 21 Julai, kecuali bagi perkhidmatan pendermaan darah pemantan.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda