Oleh Daniel Lim BELAIT, 17 NOV – Seramai 30 orang mengambil bahagian dalam kempen menderma darah yang dianjurkan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Kementerian Kesihatan, hari ini. Kempen berkenaan dianjurkan adalah untuk menambah bekalan darah selain daripada membantu mereka yang memerlukan bekalan darah.

