Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kempen DoA pertingkatkan semangat kesukarelawanan

    Kempen Hari Bertindak (DoA) sempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2021, yang mana sambutan tahun lalu dilaksanakan dalam norma baharu berikutan dengan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

    Hari Sukarelawan Antarabangsa juga merupakan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang diadakan setiap 5 Disember yang dilihat sebagai peluang unik bagi para sukarelawan dan organisasi untuk meraikan usaha mereka seterusnya berkongsi dan mempromosi kerja mereka di kalangan komuniti, badan-badan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta dan agensi-agensi kerajaan.

    Selain menggerakkan beribu-ribu sukarelawan setiap tahun, Program Sukarelawan PBB menyumbang kepada perdamaian dan pembangunan dengan menyokong pengiktirafan sukarelawan dan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mengintegrasikan sukarelawan ke dalam program pembangunan.

    Sementara itu, bagi tujuan tersebut Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah memperkenalkan Kempen DoA dalam sama-sama menggerakkan dan mempertingkatkan semangat sukarelawan di kalangan masyarakat.

    Bersempena dengan sambutan berkenaan, KKBS telah mengadakan Majlis Kesyukuran Sambutan Kempen Hari Bertindak Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa secara dalam talian yang dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Kempen DoA sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa secara dalam talian. – Gambar fail
    Aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) baru-baru ini sempena meraikan sambutan DoA serta memperingati Hari Antarabangsa OKU untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk menjaga kesejahteraan individu berkeperluan khas. – GAmbar oleh Lyna Mohamad

    Seramai 25 orang daripada Alumni PKBN telah mengadakan kempen kebersihan sempena Kempen DoA di Pantai Serasa, Muara baru-baru ini.

    Kluster program Hari Bertindak

    Dalam usaha untuk mencapai tujuan kempen berkenaan, aktiviti sukarela dan sukarelawan berkumpul dalam sama-sama melaksanakan kerja sukarela di samping menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh penggiat aktiviti sukarela dan sukarelawan.
    Selain itu mengadakan maraton kerja sukarela di keempat-empat daerah dengan melibatkan agensi kerajaan, swasta dan pergerakan bukan kerajaan.

    Untuk kempen tahun lalu, sebanyak sembilan kluster program dilaksanakan secara maya yang antaranya, hak asasi haiwan, seni dan kreatif, kemasyarakatan, bantuan bencana, pendidikan, inisiatif hijau, keusahawanan sosial, kerohanian dan keagamaan selain pembangunan belia.

    Pengisian program

    Sepanjang Kempen DoA ini, salah satu program yang dapat memelihara dan mengembangkan kesenian dan budaya tempatan, bengkel hadrah dan bengkel tunjuk cara menambat dastar diadakan secara maya.

    Dengan perkongsian tersebut, walaupun ianya di buat secara maya tapi ia diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai akan kepentingan dan peranan seni dan budaya tempatan dalam era moden masa kini.

    Selain itu, dalam usaha memperbaiki tahap kebajikan sosial dan ekonomi golongan berkenaan sama ada bagi jangka panjang atau pendek, Program Psikologi bagi mengatasi tekanan semasa pandemik COVID-19 telah diadakan melalui Zoom Meeting.

    Perkhidmatan kepada golongan kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, orang yang memerlukan bantuan, mangsa-mangsa bencana alam dan sebagainya turut diambil perhatian semasa kempen ini.

    Manakala dalam program pendidikan pula, ia memberi peluang untuk meningkatkan tahap pendidikan sesebuah komuniti atau kumpulan sasaran dengan penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai.

    Ini antaranya seperti kelas ulang kaji matematik bagi pelajar Tahun 6, kelas Bahasa Inggeris yang mana ia dilaksanakan secara maya. Dalam mendidik mengenai isu alam sekitar dan kehijauan, program menanam pokok di kawasan rumah dilaksanakan untuk memupuk kesedaran akan pentingnya memelihara dan menjaga alam sekitar serta kehijauan.

    Pelaksanaan kempen

    Kempen Hari Bertindak bermula pada 1 November 2021 sehingga 28 Februari 2022 dengan pengisian program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi bagi sama-sama menyemarakkan sambutan ini.

    Selain itu, kempen yang dilaksanakan secara serentak di ke empat-empat daerah ini akan dilaksanakan mengikut tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan dan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Sambutan ini diharap akan dapat terus meningkatkan kefahaman mengenai konsep sukarela dan gotong-royong dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat menarik lebih banyak kumpulan-kumpulan di dalam menganjur aktiviti kesukarelawan.

    Penglibatan agensi

    Dalam menjayakan kempen Hari Bertindak ini, agensi kerajaan, swasta dan pergerakan bukan kerajaan sama-sama berganding bahu menjayakan program ini dengan melaksanakan peranan dan aktiviti masing-masing.

    Ke arah menyokong kempen ini, 25 orang daripada Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan kempen kebersihan di Pantai Serasa, Muara yang diketuai oleh Mejar (B) Awang Sofian bin Haji Muhammad Kassim. Inisiatif tersebut bertujuan untuk membersihkan kawasan Pantai Serasa yang selalu dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...