Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Concepts Computer memperkenalkan kembali Kempen Eco-Friendly Tech Trade-In, sebuah inisiatif berpandukan kemampanan yang direka untuk membantu pelanggan melupuskan peranti elektronik lama atau rosak mereka sambil menikmati penjimatan bagi teknologi baharu.
Kempen berkenaan yang diadakan di Dewan Pameran Concepts, Kiulap berlangsung bermula dari 1 November hinga 29 November.
Inisiatif berkenaan menyediakan para pelanggan peluang untuk menukar komputer riba, pencetak, peranti rangkaian dan produk IT lain yang lama dengan para pelanggan akan mendapat diskaun sehingga 50 peratus apabila mereka membeli produk baharu daripada jenama seperti Acer, Epson, D-Link, Logitech, APC dan Goves.
Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata, dengan teknologi terus berubah, mereka ingin membuatkannya lebih mudah bagi para pelanggan untuk menaik taraf teknologi secara bertanggungjawab.
“Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan sisa elektronik (e-waste) dengan menggalakkan kitar semula yang betul, sambil menawarkan nilai yang lebih baik untuk produk yang lebih baharu dan lebih cekap, satu langkah mudah ke arah masa depan yang lebih hijau untuk Brunei.” katanya lagi.
Beliau menambah bahawa salah satu tarikan utama kempen ialah pelanggan yang menukar mana-mana peranti IT lama adalah layak untuk membeli produk Acerpure Lifestyle & Health terpilih pada potongan 50 peratus, selagi stok masih ada.
Concepts Computer menggalakkan semua pelanggan untuk mengunjungi kedai di Kiulap bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai keperluan pertukaran dan produk yang layak.



