Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen eksklusif rai legasi MINI

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – QAF Auto melalui MINI Brunei telah melancarkan kempen istimewa MINI Heritage Tribute sebagai memperingati pelancaran kereta MINI pertama pada tahun 1959, sempena sambutan ulang tahun ke-66 jenama ikonik tersebut.

    Kempen eksklusif itu memberi penghormatan kepada legasi dan tarikan abadi MINI, dengan memfokuskan kepada model MINI Cooper 3-Pintu sebagai edisi khas sambutan kali ini. Hanya enam unit terhad ditawarkan, setiap satu dilengkapi dengan pek pelekat khas MINI Heritage Tribute yang diinspirasikan daripada sejarah perlumbaan go-kart MINI, menggabungkan sentuhan retro dengan gaya moden.

    Pembeli edisi khas ini boleh menikmati pelbagai keistimewaan termasuk MINI Advanced Car Eye (sistem kamera papan pemuka) percuma, filem penapis haba premium yang diluluskan Jabatan Pengangkutan Darat dan beberapa barangan tambahan eksklusif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan MINI.

    Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, MINI Brunei turut menawarkan diskaun sehingga 66 peratus bagi barangan terpilih MINI Lifestyle dan barangan rasmi MINI.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai sesi pandu uji, di mana peserta akan menerima token MINI secara percuma.

    “Pencapaian ini bukan sahaja meraikan perjala-nan 66 tahun MINI yang luar biasa, malah meraikan semangat serta kesetiaan para pemandu dan peminat MINI di Brunei,” jelas Pengurus Jualan MINI, Felda Wong.

    Heritage Tribute adalah cara kami menghormati legasi MINI sambil mengundang generasi baharu untuk mengalami sendiri keunikan MINI.”

    Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran MINI Brunei berdekatan dan mengikuti akaun Instagram rasmi untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

    Model MINI Cooper 3-Pintu sebagai edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-66 jenama ikonik tersebut. – GAMBAR RAFI ROSLI
    GAMBAR RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda