Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen halang Musk beli Twitter dilancar

    SAN FRANCISCO, 5 JUN – Kumpulan advokasi pada Jumaat lalu telah melancarkan sebuah kempen bagi menghalang Elon Musk daripada membeli Twitter apabila cadangan pembelian itu telah dibatalkan oleh pihak berkuasa anti-persaingan AS.

    Twitter berkata bahawa perjanjian bagi Musk mendapatkan syarikat itu adalah satu langkah yang nyaris dimeterai apabila tarikh akhir yang sudah berlalu telah dicabar di bawah undang-undang anti-persaingan AS.

    Perjanjian berjumlah AS$44 bilion bagi mengambil platform pemesejan peribadi tersebut masih dalam semakan oleh pengawal selia lain dan mesti diluluskan oleh pemegang saham.

    Kempen Stop The Deal yang dilancarkan oleh gabungan dari kumpulan bukan untung adalah bertujuan bagi menghentikan pengambilalihan tersebut.

    Kempen berkenaan akan melibatkan penekanan dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) serta agensi lain bagi meneliti secara mendalam mengenai perjanjian pengambilalihan itu.

    Gabungan itu juga akan berusaha untuk meyakinkan pemegang saham dan pengiklan Twitter untuk menentang Musk membeli firma teknologi yang berpangkalan di San Francisco.

    Musk menjadi pemegang saham utama Twitter berikutan pembeliannya sebanyak 73.5 juta saham pada awal April lalu dan kurang dua minggu kemudian dia melancarkan bidaan bagi mengambil alih platform tersebut. – AFP

    Kempen Stop The Deal telah dilancarkan bagi menghalang Elon Musk daripada mengambil alih Twitter. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda