Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan di Pantai Lumut 9 Okt

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Green Brunei dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre akan menganjurkan kempen kebersihan di Pantai Lumut pada 9 Oktober ini bermula 7 pagi.

    Kempen dihasratkan dapat mengurangkan pencemaran pantai dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pantai yang bersih untuk masa depan yang lestari.

    Ia juga diharap mendidik dan menggalakkan kesedaran awam dan tanggungjawabterhadap alam sekitar melalui kepentingan pembuangan sampah yang betul.

    Kempen dianjurkan di bawah Happy Environment and Lifestyle Programme (HEAL) sambil menyokong 20 Billion Steps Challenge BN on the Move.

    Ia terbuka kepada orang ramai dan untuk menyertainya, bolehlah mendaftar di https://bit.ly/pantai-lumutbcu. Selain itu, sukarelawan yang mengumpul jumlah sampah paling banyak akan menerima hadiah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda