Tuesday, February 4, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan kumpul 250 beg sampah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 10 OGOS – Sebanyak 250 beg sampah telah dikumpul dalam kempen kebersihan pantai yang dianjurkan oleh PTAS Aker Solutions Sdn Bhd baru-baru ini di sepanjang 3.3km pinggir pantai yang terbentang dari Los Tanjung Helipad ke Pantaiku Ceria.

    Kempen kebersihan yang merupakan acara tahunan bagi syarikat itu telah dihadiri oleh 133 ahli dari PTAS Aker Solutions Sdn Bhd, JV PTAS Sdn Bhd, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Adinin Works & Engineering Sdn Bhd, Massutera Engineering Sdn Bhd, Zainal Daud Sdn Bhd, Process & Pipeline Services Limited, Techoil Company Sdn Bhd dan Tendrill Sdn Bhd.

    Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat, diikuti oleh taklimat keselamatan dan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Projek, Oddvar Bryne.

    Bryne berkata, “Sebagai warganegara dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab, menjadi kewajipan kita semua untuk menjaga kebersihan pantai, sama ada secara individu atau sebagai sebuah syarikat, untuk memastikan kita mempunyai alam sekitar dan pantai yang bersih.”

    Beliau menambah bahawa pantai adalah penting dalam kehidupan manusia dan matlamat pembersihan pantai adalah lebih daripada mewujudkan pantai pasir yang indah untuk penduduk dan pelawat, tetapi juga pantai yang bersih daripada sisa sampah juga memberi manfaat kepada ekosistem lautan selain melindungi habitat marin.

    Kempen diteruskan dengan peserta dibahagikan kepada sembilan kumpulan untuk mengutip sampah-sampah terbuang, termasuk botol PET, kepingan styrofoam, bakul plastik, jaring ikan, cawan plastik, puntung rokok, tali dan sisa buatan manusia yang lain.

    Antara peserta semasa membersihkan pantai di Belait. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda