Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan lindungi alam sekitar

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 13 JULAI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pandan C dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait telah menganjurkan kempen kebersihan di sepanjang Jalan Maulana bermula dari tanah perkuburan Cina hingga ke pusing keliling Istana Kota Manggalela pada 11 Julai lalu.

    Kempen yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Pandan C, Haji Affandy bin Awang Damit itu melibatkan seramai 102 orang peserta yang terdiri daripada sukarelawan MPK Pandan C dan Pandan B, Green Brunei, Jabatan Sekolah-sekolah, Kuala Belait serta Batallion Pertama, Royal Gurkha Rifles dan Jabatan Daerah Belait.

    Haji Affandy ketika ditemui berkata, kempen itu dijalankan sebagai sebahagian daripada persiapan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Kuala Belait pada 22 Julai sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-77.

    Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutama kepada sukarelawan dan kumpulan terbabit kerana menghulurkan bantuan bagi membantu membersihkan kawasan berkenaan menjelang sambutan itu.

    Para peserta bergambar ramai semasa kempen berkenaan. – Gambar serahan MPK Pandan C
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda