Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 6 OGOS – Seramai 66 orang telah menyertai Projek Alam Sekitar: Pembersihan Pantai anjuran Kelab Lions Belait yang terdiri daripada ahli-ahli kelab bersama pemimpin komuniti dan pihak berkepentingan berganding bahu bagi membersihkan kawasan pesisir pantai berhampiran mercu tanda ikonik, Tugu Peringatan Sebilion Tong di Seria.
Kempen yang telah berlangsung pada 3 Ogos itu telah berjaya mengumpulkan sejumlah 320 kilogram sampah dari kawasan pantai, sebelum dilupuskan dengan cara yang betul sejurus tamat program.
Selain ahli kelab, agensi lain yang turut serta dalam kempen ini termasuk ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, MPK Panaga C, Balai Polis Panaga serta ahli Persatuan Baden Powell (BP).





