Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan pantai kutip 30kg sampah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seramai 70 orang belia terdiri daripada pegawai, ahli dan sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Tutong termasuk kadet-kadet sekolah PBSM dari Sekolah Menengah Sayyidina ‘Othman, Tutong, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong dan Mahad Islam Brunei, Tutong, telah mengambil bahagian dalam kempen kebersihan pantai di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PBSM Cawangan Tutong, di sini, kempen yang diadakan bersempena Sambutan Hari Pantai Sedunia dan Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-19, 2024, dan turut disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong serta Presiden PBSM, Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim.

    Kempen berkenaan telah berjaya mengumpul sebanyak 30 kilogram sampah yang dikutip di sekitar kawasan Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong.

    Sambutan Hari Pantai Sedunia disambut pada 1 September setiap tahun sebagai hari untuk menzahirkan kecintaan terhadap pantai, inisiatif global yang didedikasikan untuk meraikan kepentingan pantai sebagai ekosistem penting, mercu tanda budaya dan sumber kegembiraan dan rekreasi untuk orang di seluruh dunia.

    Ia juga berfungsi sebagai peringatan untuk menghargai keindahan pantai, meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk pemeliharaan serta menyerlahkan peranan yang dimainkan mereka dalam memupuk biodiversiti, menawarkan mata pencarian mampan dan mempromosikan kesejahteraan.

    Ia menggalakkan individu, komuniti dan organisasi untuk bersama-sama mengadakan pelbagai acara, aktiviti pembersihan, program pendidikan sertai menghormati dan melindungi khazanah pantai yang berharga untuk generasi akan datang.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bergambar ramai semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BRC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda