Friday, July 5, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kempen kebersihan pastikan persekitaran selesa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Untuk memberikan persekitaran yang kondusif dan relevan dengan pembekalan prasarana, Jabatan Daerah Tutong telah mengadakan kempen kebersihan di kawasan Gerai Kampung Kupang, Tutong, kelmarin.

    Kempen disertai oleh pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan dan Bahagian Kemajuan dan Pem-bangunan Daerah Jabatan Daerah Tutong bersama pemangku ketua Kampung Kupang dan ahli-ahli Majlis Perundingan
    Kampung (MPK) Kupang serta penjaja-penjaja gerai berkenaan.

    Ia bertujuan untuk memastikan kawasan gerai sentiasa bersih di samping menggalakkan semua penjaja dan orang ramai yang berkunjung akan sama-sama menjaga kebersihan gerai.

    Pihak kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) berperanan untuk memajukan kawasan-kawasan daerah.

    Dalam kesempatan itu, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Antara peserta yang hadir membersihkan kawasan semasa kempen berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...