Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan pastikan persekitaran selesa

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 JULAI – Menjelang sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan majlis ramah mesra di Daerah Belait, kempen kebersihan telah diadakan di sepanjang Jalan Maulana, hari ini.

    Dipimpin oleh Baden Powell (BP) Guild Daerah Belait, kempen itu menyaksikan seramai 30 orang terdiri daripada ahli persatuan berkenaan serta persatuan PERTIWI dan Adult In Scouts (AIS) Belait membersihkan tepi jalan Jalan Maulana.

    Pengerusi Jawatankuasa BP Guild Daerah Belait, Awang Beelie bin Tengah berkata, kempen kebersihan itu bertujuan untuk menceriakan persekitaran, terutamanya di sepanjang Jalan Maulana menjelang sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    “Kami bukan sahaja mahu mewujudkan suasana perayaan tetapi persekitaran yang bersih di mana sambutan boleh diadakan di Daerah Belait,” tambahnya.

    Antara peserta yang mengambil bahagian bergambar ramai semasa kempen berkenaan. – Gambar serahan BP Guild Daerah Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda