Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan pelihara alam sekitar

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 22 SEPT – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menganjurkan kempen kebersihan bersempena Hari Pembersihan Sedunia di Kawasan Penanaman Pokok PPNBD di Kampung Sungai Mau, Kuala Belait, kelmarin.

    Program tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli pengakap mengenai kepentingan kebersihan dan kemampanan alam sekitar, selain menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

    Antara aktiviti yang diadakan sebagai sebahagian daripada kempen itu termasuk membersihkan rumput yang tinggi dan menjaga pokok-pokok yang telah ditanam di tapak berkenaan sebelum ini.

    Turut menyertai aktiviti itu ialah pemimpin-pemimpin pengakap dan pengakap kelana, serta masyarakat tempatan.

    Kawasan penanaman pokok PPNDB merupakan projek yang sedang berjalan yang bertujuan untuk mendidik ahli pengakap mengenai pemeliharaan alam sekitar.

    PPNDB berharap melalui inisiatif ini, ahli-ahli PPNDB akan menjadi individu yang bertanggungjawab, dan pada masa yang sama menyokong usaha global untuk alam sekitar yang mampan.

    Kempen kebersihan itu juga merupakan persediaan bagi program penanaman pokok yang akan diadakan minggu depan.

    Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) menganjurkan kempen kebersihan bersempena Hari Pembersihan Sedunia. Inisiatif tersebut diharap dapat membentuk individu yang bertanggungjawab dan sentiasa memelihara alam sekitar. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Para peserta bergambar ramai pada kempen berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang menyertai kempen tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda