Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Kempen kebersihan pupuk kerjasama TLDB, AJK masjid

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelma, anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kapok mengadakan kempen membersihkan masjid baru-baru ini.

Kempen berkenaan melibatkan seramai 70 anggota dengan diketuai oleh Komandan Perkhidmatan Bantu, 597 Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

Kempen berkenaan dilaksanakan meliputi kawasan luar dan dalam masjid yang antara lain bertujuan untuk memupuk kesepaduan dan kerjasama warga-warga markas perkhidmatan bantu dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini melalui kempen bergotong-royong yang penuh berkebajikan.

Semua di atas: Antara aktiviti semasa kempen berkenaan.

Sesi gambar ramai semasa kempen berkenaan.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda