Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan sempena HUT Republik Indonesia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Republik Indonesia ke-76 yang diraikan pada 17 Ogos depan, Kumpulan Dharma Wanita Persatuan (DWP) Kedutaan Besar Republik Indonesia Bandar Seri Begawan bersama Kumpulan PERMAI Green Club (PGC) dan Atase Pertahanan Republik Indonesia (ATHAN RI) serta Perhimpunan Pelajar-Pelajar Indonesia di Brunei Darussalam (PPI) telah mengendalikan kempen kebersihan di kawasan Pantai Muara, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Nany Sujatmiko dan Atase Pertahanan Republik Indonesia, Kolonel Zaenal Arifin serta dihadiri oleh ahli-ahli kumpulan tersebut seramai 54 orang.

    Acara telah dimulakan dengan senaman pagi sebelum aktiviti membersihkan sampah-sampah di kawasan pantai dimulakan dan diakhiri dengan menikmati jamuan bersama.

    Ketua PERMAI Green Club, Zumrotus Saadah dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, “Selain untuk menyemarakkan HUT Republik Indonesia ke-76, acara ini juga bertujuan untuk mendukung program Go Green sebagai upaya kita dalam menjaga lingkungan yang bersih dan hijau untuk keselesaan bagi semua makhluk hidup, serta untuk mengajak masyarakat agar selalu menjaga ekosistem bumi dengan baik, sehingga dapat menjadikan bumi ini indah dan bersih.”

    Para peserta bergambar ramai semasa aktiviti kempen kebersihan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda