BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sayyidina Husain (PIBG SMSH) baru-baru ini telah mengadakan Program Pembisaian Kawasan Sekolah yang diadakan di sekolah berkenaan.
Menurut kenyataan yang diterima, program tersebut diungkayahkan oleh ahli persatuan berkenaan bersama warga sekolah.
Antara tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mewujudkan suasana yang kondusif kepada semua warga sekolah khususnya di kalangan penuntut.
Selain itu, ia dapat menghindari warga sekolah daripada ancaman penyakit seperti nyamuk aedes.
Di samping itu, menerusi program pembisaian kawasan sekolah ini juga dapat melatih para penuntut untuk mengamalkan amalan kebersihan bukan sahaja kepada diri sendiri malahan alam sekitar juga.
