Sunday, October 6, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Kenali Negara Kitani diteruskan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Usaha terus dilaksanakan untuk mempromosi Kempen Kenali Negara Kitani (KNK) oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama Persatuan Hotel-Hotel Brunei (BAH) menerusi penyertaan dalam Sabre Brunei Travel Fair 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Berakas pada 5 Oktober hingga 6 Oktober.

    Penyertaan dalam Sabre Brunei Travel Fair 2024 merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan jabatan berkenaan untuk mempromosikan pelancongan domestik dalam persiapan untuk cuti persekolahan pada Disember nanti.

    Para pengunjung berpeluang untuk meneroka risalah panduan staycation yang mengandungi lebih 70 buah pakej Kenali Negara Kitani yang ditawarkan oleh hotel-hotel, agensi pelancongan dan penyedia perkhidmatan pelancongan.

    Hotel-hotel yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan adalah termasuk Hotel Antarabangsa Rizqun dan Mulia Hotel yang mana kedua-duanya mengetengahkan pelbagai tawaran terkini termasuk Promo Bilik Eksklusif kepada 30 pelanggan pertama serta program Promosi Cuti Sekolah yang menawarkan pengalaman Explore Temburong + Canopy Walk.

    Usaha terus dilaksanakan untuk mempromosi Kempen Kenali Negara Kitani. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda