Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan BSM
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah dicalonkan bagi Anugerah Inisiatif HSSE Terbaik pada Majlis Shell Licensee Summit- Best Practice Awards yang berlangsung di Bologna, Itali pada 24 hingga 28 Mei lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, BSM telah memenangi Anugerah Inisiatif HSSE Terbaik bagi Kempen Keselamatan Stesen Minyak Fill Safe, Feel Safe 2022 di mana hadir untuk menerima anugerah berkenaan ialah Ketua Kecemerlangan Pelanggan BSM,
Kempen Fill Safe, Feel Safe 2022 telah dikendalikan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Petroleum Authority (PA), dengan matlamat untuk menjana kesedaran orang awam mengenai keselamatan dan akibat ketidakpatuhan di stesen-stesen minyak Shell.
Ia juga memandang khususnya dalam mengukuhkan budaya kepatuhan di serata Juara Servis (Service Champions) stesen minyak serta untuk menetapkan penekanan kepada kesejahteraan Juara Servis dan keselamatan mereka dalam melaksanakan tugas untuk memastikan kepatuhan dan keselamatan pelanggan.
Anugerah Shell Licensee Summit Best Practice diberikan dalam menghargai dan meraikan amalan-amalan terbaik yang cemerlang dalam pasaran-pasaran pemegang lesen sambil menggalakkan perkongsian kejayaan serta pembelajaran daripada pengalaman yang lain.
Ia merupakan satu elemen utama kepada Program Amalan Terbaik yang menjadi sebagai sumber inspirasi dan pengetahuan di mana pasaran boleh menjimatkan masa, kos dan mempercepatkan penyampaian dengan meniru penyelesaian yang diketahui.
Majlis itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada 37 buah negara pemegang lesen Shell yang secara kolektif mengurus lebih daripada 17,000 stesen minyak Shell.



