Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kitar semula Sabtu ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Green Depot akan menganjurkan kempen kitar semula di Taman Jubli Perak pada 25 Februari ini dari 9 pagi hingga 1 petang.

    Sehubungan itu, Green Depot dalam kenyataannya mengalu-alukan orang ramai untuk membawa barang kitar semula mereka ke acara tersebut.

    Barangan yang diterima ialah kertas, kadbod, logam, aluminium dan sisa elektronik.
    Kempen tersebut tidak menerima sisa plastik, styrofoam, kaca dan kertas jenis berkilat.

    Matlamat kempen itu adalah untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula dan mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.

    Green Depot, sebuah projek di bawah Green Brunei, bertujuan untuk menyumbang kepada visi dan objektif negara untuk beralih ke arah gaya hidup sifar sisa.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi mereka melalui Instagram @GreenDepotBN atau talian hotline 8182429.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda