Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kutip 25 pain darah

    Oleh Izah Azahari

    Gambar oleh Rahwani Zahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Aman Hills Brunei dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan kempen derma darah di pusat membeli-belah berkenaan, hari ini, di mana sebanyak 25 pain darah telah berjaya dikumpulkan.

    Menderma darah adalah bahagian pen-ting dalam sistem penjagaan kesihatan, yang mana, individu sihat boleh membantu mereka yang sakit atau cedera.

    Oleh sebab, komponen darah mempunyai jangka tempoh simpan yang terhad, pendermaan darah kerap akan memastikan bekalan darah selamat sentiasa ada pada setiap masa.

    Menderma darah adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada orang lain, keputusan untuk menderma darah mungkin menyelamatkan satu atau lebih nyawa.

    Sebanyak 25 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah yang diadakan di Aman Hills.
    Antara yang menderma darah pada kempen tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda