Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Let’s Give Back This Ramadan berakhir di Brunei-Muara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC– Sebanyak 48 buah keluarga dari Brunei-Muara diberi kesempatan berbelanja di Hua Ho Manggis dan Hua Ho Yayasan dan seterusnya berbuka puasa semasa kempen terakhir Let’s Give Back This Ramadhan 9 anjuran Bank Baiduri.

    Keluarga berkenaan dikenal pasti oleh rakan strategik Bank Baiduri, Majlis Kebajikan Orang Berlainan Kebolehan (MKOKU).

    Rakan kongsi logistik, Indera Motors pula bekerjasama dengan GHK Motors dan Inchcape Brunei untuk menyediakan ke kemudahan dari segi pengangkutan untuk keluarga berkenaan.

    Presiden MKOKU, Malai Didi @ Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah, berkata: “Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Baiduri, Indera Motors, GHK Motors dan Inchcape Brunei atas sokongan mereka.”

    Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui pula berkata: “Saya amat berbangga dengan rakan kongsi kami dan semua sukarelawan yang terlibat kerana berganding bahu dan bersatu di belakang tujuan bersama – untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.”

    Turut hadir daripada jawatankuasa pengurusan Bank Baiduri ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbendaharaan Kumpulan dan Perbankan Institusi, Pg Azaleen Pg Dato Hj Mustapha; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna, Manuel Bulens; Ketua Perbankan Korporat dan Kewangan Perdagangan, Leonard Lee; Ketua Perbankan Institusi, Ak Nor Muhammad Nizam Pg Hj Tengah;  Ketua Pengurusan Pemulihan Kumpulan Aset, Yvonne Chan dan Ketua Audit Dalaman, Stephen Nelson.

    Lebih 90 buah keluarga dari keempat-empat daerah telah menyertai kempen tahun ini.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, inisiatif ini disokong oleh lebih 180 sukarelawan dari Baiduri Cares, sebuah program sukarelawan dalaman yang membolehkan pekerja dari Bank Baiduri dan syarikat saudaranya – Baiduri Finance dan Baiduri Capital – menyumbangkan masa dan tenaga mereka kepada aktiviti yang membantu komuniti.

    Sejak penubuhan kempen berkenaan, ia telah berkembang menjadi salah satu inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) Bank Baiduri yang paling berkesan, menghimpunkan pekerja, organisasi komuniti dan rakan kongsi korporat untuk menyumbang kepada komuniti semasa bulan puasa.

    Sesi bergambar ramai semasa kempen berkenaan. GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda