Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Kempen Dudun Bahasa ke sekolah-sekolah rendah di seluruh negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diteruskan lagi di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Jerudong, Kampung Jerudong hari ini.
Lebih 150 pelajar Kelas Pra sehingga Tahun 6 menghadiri kempen itu yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu aktiviti cambah kata, sambung menyambung, junjung dialek (carian Kamus), Buana Ria dan Buana Kata serta Sahiba Jawi.
Manakala sesi kedua diisikan dengan Kuiz Spontan dan penyampaian hadiah.
Kempen Dudun Bahasa bertujuan mengembangkan lagi Bahasa Melayu khususnya kepada kanak-kanak sejak di pe-ringkat awal lagi agar generasi masa kini dapat menanamkan kesedaran terhadap kepenti-ngan Bahasa Melayu dan cara-cara penggunaan bahasa ini dengan betul.

