Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen pandu uji Toyota meriah

    Oleh James Kon

    BELAIT, 28 FEB – Penduduk di Daerah Belait berpeluang memandu uji 21 kenderaan Toyota dalam Kempen Toyota Mega 21 Test Drive Spree yang sedang berlangsung di Grand Stand Pusat Boling Seria yang dimulakan kelmarin dan berakhir hari ini.

    Antara model kereta ditawarkan untuk pandu uji ialah Wigo, Vios, Camry, Rush, Hilux, Noah, Previa dan Fortuner.

    Pelawat ke acara tersebut juga berpeluang menikmati jamuan makanan dan minuman yang disediakan oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Daerah Belait.

    Sebanyak 21 PKS mengambil bahagian dalam kempen, termasuk Amelia Kebab, BellyBoo, Begerfrens.kb, Lumut Satay House, Crepesmeout_kb, FrizzleFriday, Jaddams KB, YB’s Kitchen, Burgers & Grills, The Gorengan Stall, Bowling Centre dan Grand Stand Cinema.

    Di petak lepas jualan pula, orang ramai boleh memperoleh lebih banyak maklumat mengenai kepentingan menyelenggara dan menggunakan alat ganti kereta asli Toyota.

    Manakala kempen keselamatan untuk Beg Udara Takata juga diadakan dengan tujuan untuk menggantikan beg udara secepat mungkin untuk unit kenderaan yang terjejas.

    Opsyen lain adalah untuk mengganti segera di tempat itu sendiri atau pintu-ke-pintu (berdasarkan temu janji). Maklumat mengenai perkhidmatan pengambilan dan hantaran, rumah-kerumah atau pintu-ke-pintu dengan Kumpulan Bantuan NBT Mobile juga boleh diperoleh.

    Orang awam dialu-alukan untuk memandu uji model kereta Toyota kegemaran mereka dan mendapatkan baucar percuma. Baucar boleh digunakan di mana-mana kedai yang mengambil bahagian dalam kempen termasuk pusat boling, pawagam dan Burgers & Grills.

    Di samping itu, para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti iPhone 12 Mini, PS5, speaker JBL dan TV pintar dalam kempen pandu uji tersebut.

    Kumpulan NBT (Brunei) pada acara Toyota Mega 21 Test Drive Spree di Grand Stand Pusat Boling Seria. – Gambar serahan Aziz Idris
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda