WASHINGTON, 15 April – Kempen pemilihan semula Presiden Donald Trump dijangka melaporkan bahawa ia mengumpul lebih daripada AS$30 juta dalam suku pertama 2019, menewaskan dua pesaing Demokrat, menurut angka yang diberikan kepada The Associated Press.
Kutipan itu membawa wang tunai kempen berjumlah AS$40.8 juta, tabung mata wang yang tidak pernah berlaku untuk presiden pada awal kempen.
Kempen Trump berkata hampir 99 peratus daripada sumbangannya adalah AS$200 atau kurang, dengan sumbangan purata sebanyak AS$34.26.
Keupayaan pengumpulan dana Trump dipadankan dengan Jawatankuasa Nasional Republikan, yang membawa masuk AS$45.8 juta pada suku pertama, jumlah terbaik untuk tahun bukan pilihan raya. Pada keseluruhannya, usaha pro-Trump melaporkan AS$82 juta dalam bank, dengan AS$40.8 juta milik kempen sahaja.
Keupayaan pengutipan dana Trump adalah selaras dengan Jawatankuasa Nasional Republikan, yang membawa masuk AS$45.8 juta dalam suku pertama, tahun bukan pilihan raya terbaik pada keseluruhaannya. Bersama, usaha pro-Trump melaporkan AS$82 juta dalam bank, dengan AS$40.8 juta milik kempen sahaja.
Trump secara formal melancarkan usaha pemilihan semula beberapa jam selepas menjadi presiden pada tahun 2017, lebih awal daripada mana-mana penjawat dalam tahun sebelumnya. Secara perbandingan, bekas presiden Barack Obama melancarkan usaha tahun 2012 beliau pada April 2011 dan mempunyai AS$2 juta di tangan pada tahap kempen ini.
Obama mengumpul lebih daripada AS$720 juta untuk pemilihan semulanya. Usaha pemilihan semula Trump telah memperuntuk AS$1 bilion untuk tahun 2020.
Pengurus kempen Trump Brad Parscale berkata dalam satu kenyataan bahawa Trump ‘berada dalam kedudukan amat kukuh pada tahap ini berbanding mana-mana presiden sebelumnya yang bertanding untuk dipilih semula dan hanya terus membina momentum.” – AP